Saturday, November 12, 2011

Sebab aku takut untuk jadi public figure

Aku benci jadi bahan tontonan. Aku benci jadi bahan pameran. Sebab tu aku takut nak bersanding bila kahwin nanti.

Bukanlah takut sangat pon sebenarnya. Tapi lebih kepada benci la macam yang aku cakap tadi.

Cuba kamu tengok sendiri gambar dekat bawah ni. Konon2 nak tunjuk imej negara. Tapi end up, rupa macam apa?




End up kena troll dengan keyboard warrior... HAHAHA (termasuk aku sekali).

Sumber: Facebook

Pembela Bangsa - Ibrahim Ali



HAHAHA

Lawak siak!

Beliau membela rakyat sambil kuak lentang mata terpejam.

Sumber:Facebook

***UPDATE 10.49PM***

Ini lagi lawak selepas di photochopped. HAHAHA!


Sunday, October 23, 2011

Lazy Eye Glasses: Musti Milik!

Woho! Do want!

Tidak dapat dipastikan kepraktikalan benda alah ni.


Memandangkan aku seorang yang pemalas dan suka baring, spec ini sangat menepati citarasa aku.

Well, even aku ni seorang pemalas yang suka baring lepas balik kerja, aku gemar membaca buku yang bukan formal education. <-- Ini obvious pemalas!

Kalau e-book, aku suka print out. Membaca lama² dengan berbackgroundkan screen putih, menyakitkan mata aku, even brightness dah diadjust secukup rasa.

So, kalau ada pihak yang ingin sponsor aku spec ini, pucuk dicita, ulam mendatang.

Sapa kata Bahasa aku teruk? Aku juga reti berperibahasa.

Amacam?

Sumber:FB

Bila Sudin Masuk Pakatan Rakyat

Amcam? Kreatif tak Pakatan Rakyat? LMAO

Wednesday, October 19, 2011

Tips Cinta Seks Malaysia

This is true story!

Baru tadi aku tengok Berita TV9, seorang penoreh getah didakwa merogol gadis bawah umur kerana tidak dapat menahan godaan. LMAO!

Ya!Kalau bercinta, sila cari umur 16 tahun ke atas. Kalau bersetubuh guna apa gaya sekali pon, dengan kehendak nafsu serakah perempuan semata² pon, kalau umur perempuan kurang 16 tahun, kamu lelaki tetap dianggap MEROGOL! Itu undang² negara ni. Ada negara maju, bercinta dengan budak below 18 tahun pon dikira CRIMINAL! LOL

Get it? Bercinta dengan budak bawah umur menyusahkan diri sendiri. Ngerti?

Bayangkan anda seorang lelaki beriman. Tetiba budak yang kau suka gila (walaupun bawah umur) datang menerpa, jilat lidah kau.

Kamu rasa kamu mampu untuk prevent "sesuatu" kamu itu dari terjongket? HA HA HA

So bersetubuh suka sama suka pon dikira rogol kamu tahu?

Oleh yang demikian, don't be a pedo. HA HA HA

Tuesday, October 18, 2011

Masalah Tempat Kerja - 2

Sambungan dari Masalah Tempat Kerja semalam.

Dua hari berturut², kesibukan aku agak luar biasa.

Sedang sibuk², Manager dari HQ pulak email. Kononnya dia dapat detect aku menggunakan internet untuk main game.

Bodoh. Never heard anything about IP?

Cek IP la bodoh kalau dah pasang SPY.

Ada 6 PC dalam office tu, terus² tembak aku.

Bangang. Nak cek personal email pon aku tak sempat, ini pulak nak main game.

DEKAT RUMAH PON AKU TAK MAIN GAME!

Aku blah kang, padan muka aku, dan padan juga muka company.

Monday, October 17, 2011

Nurul Syuhada Nurul Ain - Kurus Selepas Berkahwin

Siapa mahu tengok gambar, sila google image.

Aku dah carik, tapi tak jumpa. Ini berdasarkan pemerhatian aku sepanjang sebulan dua ini menerusi Majalah3.

Aku masih minat lagi tengok Majalah3. Hos dah berkahwin, bukan penghalang. HA HA HA.

Dah kawen pon maintain comel, kalau aku suka tengok, aku pedulik hapa?

Tapi kesian. Obvious kot! Lepas kahwin nampak gila kurus.

Bekerja dengan TV3 bukan senang. Komitmen bukan kepalang. Balik rumah pulak dah bergelar isteri.

Kesian dia sampai kurus. Mesti banyak bersenam.

kbai

Masalah Tempat Kerja

Di tempat kerja semua orang, mesti ada masalah.

Kalau orang bercerita pasal masalah di tempat kerja, kalau tak nak dengar, blah saja lah. Tapi kalau dengar, nak menilai atau tunjuk pandai, lebih baik diam.

Mana² tempat kerja pon ada stress. Memanglah. Tapi level of stress dan kebodohan dan tahap pembesaran masalah yang kecik adalah berbeza mengikut tempat, bos, persekitaran, dan working culture di satu² tempat.

Tu tak kira lagi nak kena liaise dengan orang bangang, atau berurusan dengan orang yang kuasanya tidak seberapa besar, tapi berkuasa mengalahkan perempuan simpanan CEO.

Ntah² memang betul tak?

Setakat dua tempat aku kerja (lepas grad), masalah ni ada dekat dua² tempat.

Di tempat lama, PA CEO lagi besar dari COO, GM, HR Manager etc. Semua orang jadi bodoh kayu bila bercakap dengan PA. WTF?

Di tempat baru, berdepan pulak dengan Accounts Manager, tapi segala mak nenek operation semua dia nak tau. IT dia nak pegang, operation nak pegang, logistic nak pegang, security nak pegang. Padahal bodohnya bukan main nak tunjuk pandai.

Sebab tu kadang², kebodohan orang bijak pandai (atau yang rasa bijak pandai) ni lebih dari kebodohan orang bodoh.

Aku masuk keje dekat situ, siap pasang CCTV dua bijik sebab nak monitor apa aku buat. Safety box yang ada berpuluh ribu takde pulak letak camera. Bangang siak!

Elok² pintu tu boleh bukak pakai kunci biasa, nak jugak letak entry pass. Konon² canggih la ala² corporate company. Tapi aku dia tak nak bagi entry pass. Kena menagih kasih hari² untuk suruh orang bukak pintu. Bangsat punya cencurut racist.

Lain kali aku sambung.

Thursday, October 13, 2011

Bercinta Jangan Mengada²

Sad! Sob sob sob...



Moral of the story: Jangan demand, jangan mengada².

HAHAHAHA

FAKTA MEDIA!

True! Soooo true!

Friday, October 7, 2011

Preference

Manusia selalu bergaduh disebabkan perbezaan preference.

Aku rasa bodoh betul kalau gaduh sebab benda macam ni.

Contoh:

Schafeeq pencinta Perodua. Apa saja berkaitan Perodua, mesti hebat, dan lebih baik daripada Proton. Proton hanyalah kereta tin Milo dan lebih bangang dari Datsun Buah Kana. Masalah power window yang tak pernah selesai. Balik² re-badge Mitsubishi. Balik² keluar model yang sama (Wira lettew), godek² sikit, lepas tu kata BAHARU! SE, LIMITED and etc.

Si Schukur pula pencinta Proton. Apa saja yang Proton buat, hatta Proton Juara dan Tiara juga bagus katanya. Myvi pula hanyalah kereta umpama kotak tin. Viva pula macam kotak mancis. Sudah tu pula, perkataan Viva tu kalau disebut berterusan (Vivavivaviva) akan berbunyi Vavi. HA HA HA

Kemudian si Schafeeq kata, Proton BLM baru ni bangang, bunyik kerakkeruk sana sini. Sudahla tu, tingkap belakang takde power window. Ni kereta zaman batu ke? Persona pon sama. Asek nak terbakar je. Exora pon sama jugak bangang. Ada ke patut kereta besar macam tu cuma 1,600cc? Bongok betul. Underpower bodoh kereta ni! Satria Neo pon sama gak bangang. RM60k, tapi pintu bagi dua je. Viva Elite yg RM44k tu jewwwww pon buleh bagi 4 pintu kamu tahu?

Schukur sebagai pencinta Proton rasa terbakar. Kemudian beliau pon membalas tembakan dengan mengatakan bahawa kereta Vavi sangat tidak berbaloi dengan harganya. Adakah patut kereta sekecil telur Nobita itu dengan Kapasiti 1,000cc dijual dengan harga RM44k? Harga Saga SE tu brah! Proton tidak membuat Power Window di pintu belakang atas sebab keselamatan. Kereta zaman ini terlalu banyak alatan elektronik. Maka, penggunaan tingkap pusing² manual adalah salah satu ciri keselamatan baru yang diperkenalkan Proton. Tak macam Vavi yang bodoh itu, langgar divider, divider masuk tengah kereta. Keselamatan hapa tu? Myvi rupa tenuk tu jual RM56k hapakejadah?

Myvi tenuk pernah mendapat sales tertinggi di Malaysia.
Kemudian setelah kemunculan Saga BLM, Myvi kena tapau sedikit.

Kemudian keluarlah model re-badge Saga dan Myvi.

Saga FL, dan Myvi hapa tah.

Saga FL dah ada power window belakang. Mana pegi ciri² keselamatan tingkap manual pusing² tu? HA HA HA.

Kemudian Myvi keluar Myvi BAHARU! Aik? Tu tak sama ke macam WiRA? Mentang² la Myvi ni bukan re-badge Passo (Ok aku tipu). HA HA HA

Kau sukalah apa yang kau suka. Kalau kau tak suka, diam sajalah. Ada yang bagus, ada yang tak bagus. Priority dan preference manusia berbeza². Yang tak puas hati kalau orang tak minat benda yang kita minat tu buat hapa?

Dua² bergaduh sebab berbeza preference.

Bodoh.
Blog Widget by LinkWithin